السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
- Sentiasa membilas cermin mata anda, dan laplah ia sampai kering.
- Simpan cermin mata ditempat yang selamat. Sebaik-baiknya disimpan di dalam sarung/bekas cermin mata.
- Elakkan dari terkena bahan-bahan chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.
- Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Kerana ia akan merosakkan 'alignment' dan menyebabkan tangkai bingkai patah.
- Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari. Kerana ia boleh merosakkan lapisan multicoated.
- Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut. Gunakan kain pengelap lembut yang diberi oleh kedai cermin mata.
- Elakkan memakai cermin mata ketika memasak, kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut. Jika perlu gunakan cermin mata basahan untuk memasak.