Tips Penjagaan Cermin Mata



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


- Sentiasa membilas cermin mata anda, dan laplah ia sampai kering.

- Simpan cermin mata ditempat yang selamat. Sebaik-baiknya disimpan di dalam sarung/bekas cermin mata.

- Elakkan dari terkena bahan-bahan chemical seperti body spray atau apa saja perfume yang berasaskan bahan tersebut.

- Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Kerana ia akan merosakkan 'alignment' dan menyebabkan tangkai bingkai patah.

- Jangan meninggalkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah di bawah cahaya panas terik matahari. Kerana ia boleh merosakkan lapisan multicoated.

- Jangan sesekali mengelap kanta cermin mata anda dengan tisu, kerana ia boleh merosakkan permukaan kanta tersebut. Gunakan kain pengelap lembut yang diberi oleh kedai cermin mata.

- Elakkan memakai cermin mata ketika memasak, kerana bahang panas tersebut boleh merosakkan lapisan anti silau pada kanta tersebut. Jika perlu gunakan cermin mata basahan untuk memasak.

Jogging Time!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai semua, korang apa khabar? Alhamdulillah aku sihat walafiat. Fuh lama gila kot aku tak update blog ni, habis bersawang <---Nampak sangat menipu. Actually aku bukannya tak sempat nak update ke apa tapi sebab malas, aku ulang malas. Dengan takde idea lagi nak update apa. Plus dengan internet yang slow macam siput babi. Memang spoil mood ah kan?

You know what lepas pmr ni, kemain menjadi lagi malas aku ni. Semua benda malas nak buat. Kalau boleh berak pun nak suruh orang basuh, makan nak orang suap. Haha k stop merapu. Tak pasal pasal makan kaki. Tuisyen sekali pun aku tak pergi, nasib baik parent aku tak bising -.- Sekolah? Korang takyah tanya lah, memang aku tak pergi pun.

K enough with that, ni aku nak share dengan korang gambar gambar time aku pergi jogging dekat Bukit Panau haritu. Bukit dia tinggi nak mati weh, tercungap cungap aku nak sampai puncak sana. Tapi sumpah best gila wa cakap sama lu. Memang rugi lah member aku yang lain tak pergi. Pemandangan dia bapak cantik, dah macam dekat Gunung Kinabalu. Haha okay thats all for today. Korang layan gambar pulak okay :D


        




Tiny Hand
 
Copyright 2013. All right reserved. Template by Fakru Razi