10 Tips Memikat Wanita



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



1. Jadilah lelaki pemaaf.
Untuk menjaga hati perempuan, kamu perlu belajar menjadi seorang lelaki yang pemaaf. Kalau sebelum ini, kamu memang trkenal dengan sikap ego dan sukar untuk memaafkan kesalahan orang lain, apa salahnya untuk kebaikan hubungan yang terjalin kamu sedia memaafkan sebarang kesilapan yang mungkin dilakukan oleh teman wanita kamu. Bukan apa perempuan sebenarnya cair kalau berhadapan dengan lelaki yang mudah memaafkan mereka. Jangan sesekali menyimpan perasaan dendam atau cuba untuk membalas dengan menyakiti hatinya semula suatu hari nanti. Sebaiknya kamu biarkan sahaja apa yang berlaku berlalu, kerana perempuan sebenarnya lebih suka dimanja dan tidak sukakan lelaki yang pendendam. Dalam pada itu, pemaaf kamu hendaklah bertempat, jangan pula sampai kepala dipijak.

2. Jangan mudah berputus asa.
Tanyalah kawan-kawan perempuan sekeliling kamu, lelaki macam manakah menjadi pilihan mereka untuk dijadikan teman. Pasti ramai yang memberikan jawapan, mereka impikan lelaki yang kacak, baik, jujur, bertanggungjawab dan juga tidak mudah berputus asa. Lelaki yang terus cuba dan mencuba untuk memenangi hati perempuan yang disukainya tanpa mengenal erti berputus asa akan berjaya. Ini kerana dengan kesungguhan yang kamu tunjukkan memberikan keyakinan pada perempuan bahawa kamu benar-benar ingin memilikinya. Biar sesukar manapun kamu perlu berusaha dan jangan sesekali tunjukkan rasa bosan atau mudah berputus asa sebab ada sesetengah perempuan berpura-pura jual mahal. Antara alasan mereka ialah ingin menilai tahap kesabaran dan kesungguhan kamu. Segalanya terletak pada niat kamu sendiri, apakah kamu benar-benar ikhlas atau sekadar untuk main-main sahaja? Jika benar hasrat kamu ikhlas dan jujur, rasanya tidak menjadi masalah buat kamu untuk terus berusaha menawan hati si dia. Tetapi ingat, biarpun kamu suka ? gila? dengan si dia jangan sekali-kali mengiyakan semua yang di perkatakan oleh si dia kerana perempuan juga sebenarnya tidak suka lelaki yang terlalu mengikut cakap mereka. Sebaliknya fikir dahulu sebelum membuat keputusan.

3. Komitmen.
Masuk bab komitmen ni, sesetengah lelaki payah sikit untuk memberikan komitmen sepenuhnya terhadap sesuatu perhubungan. Sebab lelaki biasanya lebih terdedah pada dunia lepas bebas dan tidak suka dikawal. Malah ada antara mereka yang telah lama menjalin hubungan tetap masih lagi tidak suka dikongkong oleh kekasih sendiri. Bagaimanapun, keadaan ini berbeza dengan perempuan, mereka biasanya inginkan seseorang lelaki yang menjadi teman mereka, bersedia dan mampu memberikan komitmen sepenuhnya terhadap ikatan yang terjalin. Bukan apa, mereka tidak mahu perhubungan yang dibina dipersia-siakan oleh lelaki tersebut. Jadi, apa yang perlu kamu lakukan di sini ialah kalau kamu benar-benar serius dan inginkan hubungan yang terjalin berlarutan ada baiknya kamu memberikan sedikit komitmen kerana lambat laun perempuan akan bosan dan tidak mustahil mereka akan meninggalkan kamu terkulat-kulat begitu sahaja. Siapa yang rugi?

4. Jangan berlagak pandai.
Satu hal lagi yang perempuan tak suka ialah lelaki yang berlagak pandai. Jadi kepada lelaki biarpun kamu tahu tentang sesuatu perkara ada baiknya jangan terlalu menunjuk-nunjuk lantaran ingin menarik perhatian si dia. Sebaiknya kamu hanya mengikut sahaja rentak teman wanita kamu, jangan pakai cakap lepas sahaja kononnya tahu itu dan ini kerana perempuan cukup menyampah dengan lelaki yang cakap tak serupa bikin. Tidak salah rasanya kalau buat-buat tidak tahu.

5. Berkongsi pendapat.
Untuk menawan hati si dia kamu juga perlu meluangkan masa untuk meminta sebarang pendapat mengenai apa-apa keputusan yang ingin kamu ambil. Memang yakin pada diri sendiri penting sewaktu membuat keputusan untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi dengan meminta pandangan daripada si dia akan membuatkan hubungan yang terbina lebih mesra kerana perempuan akan rasa lebih dihargai apabila kamu meminta pendapat daripada mereka. Yang penting kamu jangan mengabaikannya begitu sahaja.

6. Pemurah.
Nak tahu satu lagi perkara yang menyebabkan perempuan tidak suka pada lelaki ialah sebab lelaki kedekut. Betul atau tidak terpualng pada kamu sendiri menilainya? Tetapi ada baiknya kamu berhati-hati dengan perihal ini. Tersilap langkah kamu juga boleh kehiangan si dia dan juga pokai. Rasanya tidak salah kalau niat kamu hendak berjimat, tetapi tengoklah keadaan. Kalau setiap kali keluar bersama kamu terlalu sukar untuk berbelanja apakah tindakan kamu tadi untuk berjimat atau kamu memang benar-benar kedekut. Jadi untuk menarik si dia, sesekali jangan keberatan berbelanja, tetapi biarlah ada batasannya. Bukan apa, ini semua untuk kebaikan kamu juga kerana sesetengah perempuan tidak sukakan lelaki yang kedekut.

7. Dekati orang yang diminati itu sebagai seorang kawan.
Cuba berkenal-kenalan dan berkawan baik dengan si dia tu dulu. Layanlah si dia selayaknya sebagai seorang kawan pada permulaannya. Jangan sesekali luahkan perasaan hati anda pada peringkat permulaan. Just berkawan macam kawan biasa dulu. Ini sangat penting sebab kalau anda terus luahkan perasaan, dan cuba-cuba untuk mendesak si dia menerima anda sebagai teman istimewa, nanti si dia akan berasa tidak selesa dan menyampah dengan anda. Mungkin si dia akan menganggap anda sebagai seorang yang ‘tak sedar diri’. Contohnya “Badan gemuk, tapi muka tak malu nak mengorat aku yang comel ni”, haa itu mungkin kata-kata yang bermain dalam hati si dia kalau anda luahkan perasaan anda dengan melulu, tak sabar-sabar.

8. Buatkan si dia selesa apabila bersama dengan anda.
Ni paling penting kata kawan-kawan perempuan saya. Kalau anda ingin memenangi hati seorang perempuan, pastikan anda layan si dia tu dengan baik dan buatkan si dia selesa untuk bergaul dengan anda. Jangan sekali-kali buat dia rasa rimas. Kalau boleh, ikutkan saja kemahuan dan keinginan si dia tu. Tapi AWAS, anda janganlah pula jadi ‘pak turut’ yang bodoh. Semua dia cakap anda kata YES, YES. Ada kalanya mungkin anda kena ada pendirian dan sedikit ego anda sebagai lelaki. Kadangkala, perlu juga tunjukkan kejantanan anda pada dia.

9. Tonjolkan sikap baik dan penyayang anda.
Kalau nak fikir dari segi logiknya, disebabkan anda seorang yang gemuk, pendek, hitam, atau sebagainya pastilah anda ada kekurangan dari segi daya tarikan atau dari segi fizikal luaran anda. Pastilah kalau nak dibandingkan anda dengan lelaki lain yang macho dan berbadan tegap, maka anda akan ‘tenggelam’. Tiada siapa yang akan pandang anda. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah, cuba tunjukkan akhlak mulia dan sikap anda yang baik. Contohnya, cuba tunjukkan bahawa anda ini seorang yang penyayang, seorang yang boleh menjadi pendengar yang baik, seorang yang hormat orang tua, seorang yang ada pendirian, seorang yang mesra dan mudah didekati, seorang yang pandai berjenaka, seorang yang pembersih, seorang yang pemurah dan sebagainya. Sikap yang sebegini, sekiranya anda dapat tonjolkan, pastinya si dia akan lebih menghormati dan suka dengan anda.

10. Bantu atau tolong apabila si dia ditimpa musibah atau masalah.
Kalau si dia ada ditimpa apa-apa masalah, bantulah dia sebaik mungkin. Cuba selesaikan masalah dia. Haaa kalau anda dapat tolong dia di saat dia dalam kesusahan, pastinya anda akan dapat ‘markah’ lebih. Si dia akan terhutang budi dengan anda, maka inilah peluang anda untuk mendekatinya dan memenangi hatinya. Tapi satu saya nak ingatkan, kalau nak tolong tu, tolonglah dengan seikhlas mungkin. Sebab pertolongan yang ikhlas, akan meninggalkan kesan pada hati si dia. Sebaliknya kalau anda tolong sebab ada udang disebalik batu, aku rasa, si dia pun mungkin dapat mengangak bahawa anda tolong dia sebab anda ada sesuatu yang anda nak dari dia. Jadi, pastikan anda tolong dengan seikhlas mungkin.

Semoga Berjaya :D

Segmen : Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Hai blogger semua. Korang apa khabar? Setelah sekian lama tak update blog, akhirnya aku kembali. Korang rindu aku tak? Aloloo mestilah rindu kan? Takyah cakap aku dah tahu dah. Haha okay dah. Kang tak pasal pasal makan kaki percuma. Naya aku nanti -.- Nampak banner dekat atas tu? Ya aku join segmen ni, dengan harapan dapat tambah follower. Insyaallah! Kalau korang nak join boleh klik SINI . Syaratnya pun simple dan mudah. Jom join ramai ramai untuk memeriahkan lagi segmen ni, disamping dapat menambah kenalan baru. Hehe. Thats all for today. Assalamualaikum and bye :*

94 FOLLOWERS

Promote Blog!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 


Hi, korang semua apa khabar? Harap harap korang sihat walafiat. Alhamdulillah aku sihat je, cuma penat sikit. Maklumlah sibuk dengan sekolah and tuisyen sekarang ni. Ni pun aku curi curi masa je nak update blog. Haha. Okay post kali ni aku tak nak cakap banyak, just nak promote blog classmate aku ni. Nama dia Hana, untuk pengatahuan korang dia masih baru dalam dunia blogging ni. So do support her guys. Korang jangan lupa follow dia tau. Dah follow tu ringankanlah tangan tinggalkan komen di shoutbox ya. Insyaallah dia akan follow korang balik. Okay setakat ni je post kali ni. Insyaallah kalau ada masa aku update lagi. Assalamualaikum dan selamat malam. Jangan lupa baca doa sebelum tidur.

Don't forget to follow and leave your footprint. Thanks!
Tiny Hand
 
Copyright 2013. All right reserved. Template by Fakru Razi