Merdeka Merdeka Merdeka!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Bendera berkibar – Merupakan simbol negara Malaysia yang dicintai yang mempamerkan pencapaian cemerlang negara sejak merdeka. Merupakan kebanggaan setiap rakyat Malaysia kerana namanya kini terserah di persada dunia.

Angka 55 – Melambangkan kedaulatan institusi raja berpelembagaan dan kedaulatan negara yang telah dipertahankan sejak 55 tahun.

Huruf M – Melambangkan perpasuan utuh masyarakat Malaysia yang berusaha mencapai kemajuan (Maju) dan kemakmuran (Makmur) negara sejak dari awal kemerdekaan dicapai.

Ayat ‘erdeka’ – Melambangkan keunikan, liku-liku serta cabaran yang dihadapi oleh para pejuang dan pemimpin negara dalam memperjuang dan mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara.

Ayat ‘Janji Ditepati’ – Melambangkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat untuk membawa kemakmuran, kemajuan, kehidupan dan peluang ekonomi yang terbaik.

Logo 1 Malaysia – Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bersatu padu, bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu negara bangsa.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 55 " Janji Ditepati " kepada seluruh rakyat Malaysia. Alhamdulillah negara kita telah merdeka dan bebas daripada penjajah. Semoga negara kita bertambah makmur dan aman damai serta harmoni. Jangan jadi seperti negara negara lain yang sentiasa bergolak/berebut kuasa dan tidak menghiraukan nasib rakyat. Mari kita sama sama berdoa agar keamanan Malaysia berkekalan dan maju jaya. Insyaallah amin.

No comments :

Post a Comment

Tiny Hand
 
Copyright 2013. All right reserved. Template by Fakru Razi